- Iklan -
Berita

Kes baru menurun lagi, catat jangkitan bawah 18,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,740.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Team Outreach melakukan vaksinasi kepada seorang warga emas di Sungai Besar, Kuala Selangor.Program Outreach Imunisasi Covid19 Kebangsaan peringkat kini giat bergerak dari rumah ke rumah menyasarkan golongan uzur dan rentan.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 17,236 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,279,776 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,740 disusuli Kuala Lumpur (1,567), Kedah (1,328), Sabah (1,247), Johor (1,232), Negeri Sembilan (1,215), Perak (935), Kelantan (914), Pahang (604), dan Sarawak (589).

Hanya Labuan (8) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 15,187 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,041,585.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 227,230.

Dalam pada itu, 1,095 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 579 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 212 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 10,961.