- Iklan -
Berita

Azizulhasni raih pingat perak pertama negara untuk Olimpik Tokyo

Ini merupakan pingat kedua negara selepas mendapat gangsa dalam beregu lelaki badminton.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Mohd Azizulhasni Awang berjaya mendapatkan pingat perak pertama negara bagi Olimpik Tokyo. Gambar: Bernama
Mohd Azizulhasni Awang berjaya mendapatkan pingat perak pertama negara bagi Olimpik Tokyo. Gambar: Bernama

Pelumba basikal negara Mohd Azizulhasni Awang memenangi pingat Perak pertama negara dalam acara keirin lelaki di Olimpik Tokyo hari ini.

Azizulhasni mendapat tempat kedua selepas ketinggalan 0.763 saat di belakang pelumba Britain, Jason Kenny yang mempertahankan kemenangannya di temasya Olimpik Rio pada 2016.

Ini merupakan pingat kedua negara selepas mendapat gangsa dalam beregu lelaki badminton.

Dikenali dengan gelaran “The Pocket Rocketman” yang disandarkan harapan untuk meraih pingat emas, Azizulhasni memenangi pingat Olimpik pertamanya pada Olimpik Rio 2016 dengan pingat gangsa dalam acara keirin, selepas gagal melayakkan ke peringkat akhir Olimpik Beijing 2008, dan menduduki tempat keenam dalam Olimpik London 2012.

Kejayaan Kenny menyaksikan dominasi Britain dalam acara keirin lelaki berterusan sejak Olimpik Beijing 2008 lagi.