- Iklan -
Berita

Ketua pemuda Amanah meninggal dunia akibat Covid-19

Shazni dilaporkan berada di tahap lima jangkitan Covid-19 sejak 1 Ogos lalu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir. Gambar: Facebook
Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir. Gambar: Facebook

Ketua pemuda Amanah Shazni Munir menghembuskan nafas terakhir hari ini selepas berjuang melawan jangkitan Covid-19.

Beliau dilaporkan mengalami simptom Covid-19 sejak 19 Julai lalu dan dilaporkan berada di tahap empat pada 24 Julai.

Beliau kemudian ditidurkan pada 1 Ogos selepas keadaannya mencapai tahap lima.

Selain menjadi ketua pemuda Amanah, Shazni juga memegang jawatan sebagai ketua pemuda gabungan Pakatan Harapan.

Shazni meninggalkan seorang balu dan tiga anak.