- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 jangkau 20,800

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 8,792.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Doktor sukarelawan, Dr Mohammad Al-Imran Kassim bersama petugas Bulan Sabit Merah Malaysia membawa barangan vaksinasi ke rumah warga emas yang uzur di Taman Dato Razali, Ampang.
Doktor sukarelawan, Dr Mohammad Al-Imran Kassim bersama petugas Bulan Sabit Merah Malaysia membawa barangan vaksinasi ke rumah warga emas yang uzur di Taman Dato Razali, Ampang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 20,889 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,224,595 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 8,792 disusuli Kuala Lumpur (2,483), Sabah (1,291), Johor (1,275), Negeri Sembilan (986), Kelantan (938), Sarawak(652),Pulau Pinang (776), Perak (624), dan Melaka (491).

Hanya Perlis (9) dan Labuan (9)sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 16,394 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 993,020.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 221,396.

Dalam pada itu, 1,096 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 545 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 160 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 10,179.