Tuesday, September 21, 2021

Orang Sarawak tidak berminat dengan politik semenanjung, kata ketua menteri

Abang Johari Openg berkata pemimpin perlu fokus dengan usaha untuk membendung krisis Covid-19.

Other News

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini berkata rakyat Sarawak tidak berminat dengan perkembangan politik di semenanjung.

Beliau berkata sepatutnya pemimpin politik perlu fokus dengan usaha-usaha untuk membendung krisis Covid-19.

Abang Johari yang merupakan pengerusi GPS turut menegaskan negeri itu menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ini adalah demi memastikan kestabilan negara ketika ini.

“Saya dah beri kenyataan semalam. itu keputusan GPS. Kita sokong PN. Kita sekarang ini tengah sibuk vaksinasi.

“Macam kita disini, kita datang melihat bagaimana program vaksinasi dijalankan dengan orang di kampung.

“Orang Sarawak tak nak ambil tahu lah benda-benda macam ini.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles