- Iklan -
Berita

Kes baru jangkau 20,000, korban Covid-19 lepasi 10,000

1,078 pesakit ditempatkan di ICU termasuk 549 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penduduk Sri Penara melakukan ujian saringan di Cheras. Malaysia catat kes harian tertinggi hari ini dengan angka lepasi 20,500 jangkitan.
Seorang penduduk Sri Penara melakukan ujian saringan di Cheras. Malaysia catat kes harian tertinggi hari ini dengan angka lepasi 20,500 jangkitan.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 20,596 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,203,706 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 8,549 disusuli Kuala Lumpur (2,163), Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062), Negeri Sembilan (989), Perak (916), Kelantan ( 772), Sarawak (759), dan Melaka (622).

Hanya Perlis (4) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 13,893 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 976,626.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 217,061.

Dalam pada itu, 1,078 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 549 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 164 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 10,019.