- Iklan -
Berita

GPS kekal sokong PN, perdana menteri, kata naib presiden PBB

GPS tidak mahu Yang di-Pertuan Agong diheret bagi menyelesaikan masalah peribadi ahli politik.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah. Gambar: Bernama
Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah. Gambar: Bernama

Naib Presiden Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah yakin pucuk pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang PBB merupakan parti komponennya, akan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi kemelut politik negara sekarang.

Beliau berkata setakat ini GPS masih kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi memastikan kerajaan pusat kekal stabil.

Bercakap kepada media selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-130 Muzium Sarawak, beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak meminta agar Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan istana tidak diheret ke dalam krisis politik sekarang.

“Biarkan baginda kekal sebagai tempat untuk kerajaan mendapat nasihat dan pandangan dan bukannya diheret untuk menyelesaikan masalah peribadi anda kerana ia tidak baik untuk Malaysia,” katanya.