- Iklan -
Berita

46% populasi Malaysia sudah terima vaksin Covid-19

Sementara itu hampir 24% penerima sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Team Outreach vaksinasi di menyasarkan kumpulan berisiko tinggi di kawasan perumahan turut dijalankan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Team Outreach vaksinasi di menyasarkan kumpulan berisiko tinggi di kawasan perumahan turut dijalankan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sebanyak 22,646,581 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,941,585 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,704,996 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 45.8% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 23.6% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 494,214 dos diberikan semalam dengan 230,053 adalah pemberian dos pertama manakala 264,161 lagi adalah dos kedua.