- Iklan -
Berita

Kes baru jangkau 19,800 jangkitan, korban Covid-19 rekod tertinggi sebanyak 257

Angka kematian hari ini adalah tertinggi pernah direkodkan negara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Klinik Kesihatan Petaling melakukan vaksinasi kepada seorang warga emas yang berada di katil ketika melakukan vaksinasi dari rumah ke rumah di Petaling Jaya.
Petugas Klinik Kesihatan Petaling melakukan vaksinasi kepada seorang warga emas yang berada di katil ketika melakukan vaksinasi dari rumah ke rumah di Petaling Jaya.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,819 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,183,110.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 8,377 disusuli Kuala Lumpur (2,467), Kedah (1,371), Johor (1,162), Kelantan (1,003), Sabah (949), Pulau Pinang (867), Negeri Sembilan (800), Perak (662), dan Sarawak (552).

Hanya Labuan (5) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 12,704 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 962,733.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 210,522.

Dalam pada itu, 1,069 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 553 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 257 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 9,855.