- Iklan -
Berita

Vaksinasi harian lepasi 21.6 juta dos suntikan setakat 2 Ogos

468,526 dos diberikan semalam dengan merangkumi 223,479 dos pertama dan 245,047 lagi adalah dos kedua.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga emas menerima vaksin di PPV. Program vaksinasi kebangsaan kini mencatat kadar vaksinasi tertinggi dalam kalangan negara Asean. Gambar: Bernama
Warga emas menerima vaksin di PPV. Program vaksinasi kebangsaan kini mencatat kadar vaksinasi tertinggi dalam kalangan negara Asean. Gambar: Bernama

Sebanyak 21,668,999 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,471,138 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,197,861 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 44.3% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 22% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 468,526 dos diberikan semalam dengan 223,479 adalah pemberian dos pertama manakala 245,047 lagi adalah dos kedua.