Monday, September 20, 2021

Militan dikehendaki maut dalam insiden berbalas tembakan di Pattani

Usaha memujuk lelaki itu untuk menyerah diri gagal malah dia turut melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.

Other News

Seorang anggota militan yang dikehendaki polis maut dalam satu insiden berbalas tembakan di daerah Nong Chik, Pattani dalam kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan) Isnin .

Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Pol. Kol. Kiattisak Neewong berkata pasukan keselamatan yang bertindak atas maklumat telah mengepung sebuah rumah yang dipercayai tempat lelaki berusia 29 itu bersembunyi.

Beliau berkata terdapat tujuh orang dalam rumah termasuk lelaki itu, isteri dan anak perempuan pasangan itu yang berusia empat bulan.

“Pasukan keselamatan mengarahkan semua dalam rumah keluar dan menyerah diri. Semua telah menyerah diri kecuali lelaki itu.

“Usaha memujuk lelaki itu untuk menyerah diri gagal malah dia turut melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.

“Inisiden berbalas tembakan berlaku kira-kira 5 minit.

“Apabila keadaan reda, kami menemui mayatnya di luar rumah selain menemui sepucuk pistol di sisi mayat,” katanya.

Kiattisak berkata pemeriksaan mengesahkan lelaki itu adalah seorang anggota militan yang dikehendaki dan mempunyai sekurang-kurangnya sembilan waran tangkap di Pattani, Songkhla dan Satun.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles