- Iklan -
Berita

Iran puji kejayaan program imunisasi Covid-19 Malaysia

Kedutaan Iran berkata kerajaan Malaysia harus dipuji atas tindakan bersepadu, adil dan saksama, kepada penduduk demi penjagaan kesihatan awam

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos kedua  kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa.
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos kedua kepada penghuni Pusat Transit Gelendangan Kuala Lumpur di Anjung Kelana, Taman Desa.

Iran memuji kejayaan inisiatif vaksinasi Covid-19 Malaysia yang merangkumi semua warga asing di negara ini.

“Pihak berkuasa Malaysia harus dipuji atas tindakan bersepadu, adil dan saksama, semua penduduk diletakkan di bawah payung penjagaan kesihatan awam,” menurut kenyataan Kedutaan Iran di Kuala Lumpur hari ini.

Di bawah inisiatif vaksinasi kebangsaan ia turut merangkumi semua warga asing, satu langkah yang sangat membina dan tanpa diskriminasi.

“Koordinasi antara kementerian luar, kementerian kesihatan, kementerian sains, teknologi dan inovasi dan komuniti diplomatik di Kuala Lumpur, vaksinasi untuk semua staf dan diplomat telah dilaksanakan.

“Warga Iran di sini menghargai segala kerjasama dan bantuan ikhlas pihak berkuasa Malaysia yang berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Kebanyakan rakyat Iran di Malaysia mendapat manfaat serta berpeluang diberi vaksin Covid-19, ada yang telah menerima dos pertama dan ada lengkap dua dos.

“Malaysia telah melancarkan Program Vaksinasi Kebangsaan tepat pada masanya, dan telah memberikan 20 juta dos vaksin dalam beberapa bulan,” menurut kedutaan itu.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diketuai Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin mula diperkenalkan pada 4 Februari tahun ini.

Setakat semalam sebanyak 21,668,999 dos vaksin telah diberikan dengan 44.3% penduduk menerima dos pertama dan 22% lagi lengkap dua dos.