- Iklan -
Berita

Vaksin berkesan terhadap varian Delta, kata penyelidik China

Data mengenai vaksin masih dikemas kini dengan penyelidikan dan ujian klinikal.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Varian Delta menjadi kebimbangan antarabangsa selepas penularannya didapati lebih cepat merebak.
Varian Delta menjadi kebimbangan antarabangsa selepas penularannya didapati lebih cepat merebak.

Vaksin Covid-19 berupaya melawan varian Delta dengan memberi perlindungan mencukupi, menurut pakar China.

Penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China, Shao Yiming berkata, setakat ini, vaksin masih mampu mempertahankan keberkesanannya terhadap pelbagai varian baru.

“Berdasarkan penyelidikan yang dibuat di peringkat global, fenomena dijangkiti semula selepas divaksin lazimnya dikenali sebagai kes bulus, suatu perkara yang biasa. Ia melibatkan jumlah yang amat kecil berbanding penerima vaksin yang melebihi tiga bilion dos di seluruh dunia.

“Vaksin Covid-19 pertama kali diguna pakai, jadi data mengenainya masih dikemas kini dengan penyelidikan dan ujian klinikal. Tiada vaksin 100% kebal terhadap jangkitan virus,” katanya kepada media pada Sabtu.

Beliau turut menegaskan, program inokulasi dan langkah kawalan dan pencegahan yang dilaksanakan secara bersepadu antara cara paling berkesan untuk membendung penularan wabak.

Di China, penularan wabak Covid-19 membabitkan varian Delta berpunca daripada kluster di lapangan terbang Nanjing, telah merebak ke 14 wilayah dengan peningkatan mendadak kes jangkitan tempatan sebanyak 328.