Tuesday, September 21, 2021

Umno bermesyuarat bincang politik semasa esok

Antara yang akan dibincangkan adalah mengenai darurat dan ordinannya.

Other News

Ahmad Maslan hari ini mengumumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar esok bagi membimbangkan isu politik terkini dalam negara.

Dalam sebuah ciapan, setiausaha agung Umno itu berkata mesyuarat yang akan diadakan pada pukul 4 petang esok akan membincangkan antara lain kenyataan media Istana Negara dan warkah Yang di-Pertuan Agong.

“Tentu mesyuarat tergempar ini untuk membincangkan isu politik terkini.

“Juga isu darurat, ordinannya dan penangguhan sidang Parlimen hari ini 2 Ogos 2021,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, MKT Umno bermesyuarat dan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan sokongan secara serta-merta terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendakwa beliau gagal memenuhi syarat ditetapkan Umno untuk terus menyokongan pentadbiran beliau.

Zahid juga mendesak supaya Muhyiddin berundur diri secara terhormat dan mahu seorang perdana menteri sementara dilantik.

Bagaimanapun, keputusan Umno itu tidak dipersetujui ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terdiri dari Umno, MCA dan MIC yang mengumumkan kesepakatan mereka untuk kekal menyokong Muhyiddin Yassin, sehari selepas pengumuman Zahid itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles