- Iklan -
Berita

Perlis, Sarawak, Labuan akan beralih ke Fasa 3 PPN

Peralihan tiga negeri ini berkuat kuasa pada 4 Ogos.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pengunjung berehat di bawah pokok selepas beriadah bersama keluarga di Tasik Timah Tasoh. Penduduk Perlis bakal mendapat kelonggaran sekatan pergerakan pada 4 Ogos selepas beralih ke Fasa Tiga PPN.

Perlis, Sarawak dan Labuan akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara pada 4 Ogos depan, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Suka untuk saya mengingatkan agar SOP dan peraturan yang ditetapkan terus dipatuhi dan semua usaha untuk menambah baik situasi pandemik di negeri masing-masing diteruskan,” katanya.

“Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya.

“Kita harus optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan selamat.”

Muhyiddin turut mengulangi jaminan kelonggaran SOP untuk sektor ekonomi dan bagi yang sudah mendapat dos lengkap vaksin akan diumumkan tidak lama lagi.