Monday, September 20, 2021

Kes baru catat 15,764 jangkitan, korban Covid-19 rekod angka tertinggi

219 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 9,403.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 15,764 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,146,186.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,067 disusuli Kuala Lumpur (1,536), Johor (1,222), Sabah (1,166), Kedah (1,108), Perak (748), Pulau Pinang (667), Kelantan (552), dan Pahang (475).

Hanya Labuan (7) dan Perlis (9) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 11,767 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 937,732.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 199,051.

Dalam pada itu, 1,063 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 532 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 219 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 9,403.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles