Wednesday, September 22, 2021

Polis kenal pasti 29 individu berhubung perhimpunan langgar SOP kesihatan

Polis juga menerima lebih 20 laporan polis berhubung perhimpunan berkenaan.

Other News

Seramai 29 individu dikenal pasti dan akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan “Keluar dan #Lawan” di ibu negara, semalam.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemua individu yang terlibat diminta memberikan kerjasama dalam siasatan penganjuran perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata ketika ini, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa individu lain melalui rakaman video dan gambar.

“Selain itu, polis juga menerima lebih 20 laporan polis berhubung perhimpunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acryl berkata penganjur dan peserta perhimpunan berkenaan secara jelas melanggar syarat-syarat prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa.

“Polis sebelum ini beberapa kali memberi peringatan supaya semua pihak mematuhi SOP PPN demi keselamatan orang ramai,” katanya.

Menurut Acryl, pihaknya menyatakan pendiriantindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang sengaja melanggar SOP.

“Sikap penganjur dan peserta yang berdegil untuk mengadakan perhimpunan walaupun diberikan nasihat agar mengutamakan keselamatan kesihatan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab terutama dalam situasi penularan wabak Covid-19 ini.

“Polis memulakan siasatan ke atas penganjur dan peserta perhimpunan berkenaan di bawah peruntukan Akta 342 dan akta-akta lain yang relevan,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles