Wednesday, September 22, 2021

Kes baru turun sedikit, tetapi masih melebihi 17,000

Selangor merekodkan 6,326 kes sementara Kuala Lumpur 2,086.

Other News

Sejumlah 17,150 kes Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan mencecah 1,130,422.

Selangor merekodkan 6,326 kes, Kuala Lumpur 2,086, Kedah 1,511, Johor 1,045 dan Sabah 1,002.

Sementara Negeri Sembilan merekodkan 809 kes, Perak 693, Melaka 686, Pulau Pinang 752, Pahang 676, Sarawak 578, Kelantan 459 dan Terengganu 429.

Putrajaya merekodkan 72 kes, Perlis 21 dan Labuan lima.

Negara juga mencatat sebanyak 11,326 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 925,965.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 195,273.

Dalam pada itu, 1,059 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 531 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 160 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 9,184.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles