- Iklan -
Berita

Lebih 20 juta dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi PICK

512,097 dos diberikan semalam merangkumi 315,737 dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima-penerima vaksin yang menghadiri temujanji menunggu giliran mereka untuk ke stesen vaksinasi di Axiata Arena Bukit Jalil.
Penerima-penerima vaksin yang menghadiri temujanji menunggu giliran mereka untuk ke stesen vaksinasi di Axiata Arena Bukit Jalil.

Sebanyak 20,014,549 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 merupakan suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi adalah dos kedua.

“Mengikut peratusan, 41.3% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, sementara 19.9% sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya menerusi hantaran itu.

Bagi vaksinasi harian pula, Dr Adham berkata sebanyak 512,097 dos diberikan semalam yang mana 315,737 adalah pemberian dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua.