- Iklan -
Berita

Korban Covid-19 jangkau 9,000, kes baru jangkau 17,700

1,062 pesakit ditempatkan ICU termasuk 534 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Doktor sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah, Dr Mohammad Al-Imran Kassim menjalankan vaksinasi kepada seorang penduduk di Kampung Melayu, Ampang.
Doktor sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah, Dr Mohammad Al-Imran Kassim menjalankan vaksinasi kepada seorang penduduk di Kampung Melayu, Ampang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 17,786 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,113,272.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,400 disusuli Kuala Lumpur (1,962), Kedah (1,389), Johor (1,144), Sabah (1,035), Negeri Sembilan (929), Terengganu (883), Perak (775), dan Pulau Pinang (713).

Hanya Labuan (9) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 11,718 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 914,639.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 189,609.

Dalam pada itu, 1,062 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 534 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 165 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 9,024.