- Iklan -
Berita

Vaksinasi harian jangkau 500,000 dos bagi hari keempat

Sebanyak 343,530 dos pertama diberikan manakala baki 212,874 lagi adalah dos kedua vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Klinik Kesihatan Petaling memberikan vaksinasi kepada warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenangan Budi Kuala Lumpur di Petaling Jaya.
Petugas Klinik Kesihatan Petaling memberikan vaksinasi kepada warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenangan Budi Kuala Lumpur di Petaling Jaya.

Jumlah vaksinasi harian Covid-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama empat hari berturut-turut dengan 556,404 dos suntikan diberikan semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata jumlah pemberian vaksin itu adalah yang tertinggi sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Februari lepas.

Katanya daripada jumlah yang diberikan semalam, sebanyak 343,530 adalah dos pertama manakala 212,874 lagi dos kedua.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatifnya, sebanyak 19,502,452 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam.

Jumlah itu meliputi 13,184,724 untuk dos pertama dan 6,317,710 bagi dos kedua.