- Iklan -
Berita

GPS gesa ahli politik jaga kestabilan politik, tumpu lawan Covid-19

GPS mahu tumpuan diberikan kepada usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak Alexander Nanta Linggi. Gambar: Bernama
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak Alexander Nanta Linggi. Gambar: Bernama

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggesa ahli politik untuk menumpukan usaha menjayakan langkah melawan Covid-19.

“Dalam keadaan negara berdepan krisis pandemik Covid-19 dan berusaha memulihkan ekonomi negara, kestabilan politik amat diperlukan,” kata Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan.

“Kita perlu fokus ke arah menjayakan Pelan Pemulihan Negara demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat serta pemulihan ekonomi” tambahnya.

Kenyataan itu tampil selepas gesaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak yang menggesa  Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengundurkan diri susulan kenyataan Istana Negara yang mendakwa Putrajaya tidak mengikut perlembagaan dalam mengumumkan pembatalan ordinan darurat .

Zahid juga menggesa ahli Parlimen Umno untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin yang menurutnya sejajar dengan dengan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Sementara itu, ketua pembangkang Anwar Ibrahim pula mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin, mengatakan Dewan Rakyat telah kehilangan kepercayaan terhadap perdana menteri.