- Iklan -
Berita

134 korban Covid-19 dicatat, kes baru rekod 16,840 jangkitan

1,055 pesakit ditempatkan ICU termasuk 532 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai kesihatan dan doktor yang bertugas lengkap memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) ketika melakukan ujian saringan rumah ke rumah di kawasan di Petaling Jaya, Selangor.
Pegawai kesihatan dan doktor yang bertugas lengkap memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) ketika melakukan ujian saringan rumah ke rumah di kawasan di Petaling Jaya, Selangor.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 16,840 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,095,486.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,092 disusuli Kuala Lumpur (2,114), Kedah (1,281), Johor (1,104), Negeri Sembilan (1,079), Sabah (1,066), Perak (810), Pulau Pinang (689), dan Melaka (581).

Hanya Labuan (7) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 12,179 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 902,921.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 183,706.

Dalam pada itu, 1,055 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 532 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 134 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 8,859.