Thursday, September 23, 2021

Kes baru Covid-19 kekal jangkau 17,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,163.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 17,170 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,078,646.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,163 disusuli Kuala Lumpur (2,138), Kedah (1,212), Johor (1,054), Negeri Sembilan (884), Sabah (776), Pahang (638), Kelantan (615), dan Perak (596).

Tidak ada negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 12,930 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 890,742.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 179,179.

Dalam pada itu, 1,043 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 531 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 174 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 8,725.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles