- Iklan -
Berita

Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas kalahkan pasangan Indonesia

Mereka menang dengan straight sets, 21-14, 21-17, dalam masa hanya 33 minit di gelanggang Musashino Forest Sport Plaza.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Aksi tangkas regu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika menentang lawanya dari  Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon di pusingan penyingkiran pada temasya Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza. Gambar: Bernama

Pasangan regu lelaki badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melangkah mara ke peringkat separuh akhir dengan penuh bergaya apabila mereka mengejutkan pilihan pertama dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di Olimpik Tokyo di Tokyo, hari ini.

Aaron-Wooi Yik, pilihan kesembilan temasya sukan, dilihat jelas bekerja keras menyerang pasangan Indonesia itu untuk menewaskan mereka dengan straight sets, 21-14, 21-17, dalam masa hanya 33 minit di gelanggang Musashino Forest Sport Plaza.

Apa yang lebih menarik adalah kenyataan bahawa ini merupakan kemenangan pertama Aaron-Wooi Yi keatas pasangan Indonesia itu selepas lapan perlawanan sebelum ini, sejak pertembungan pertama mereka dalam Terbuka Malaysia 2018.