Monday, September 20, 2021

Varian Delta, individu asimptomatik sumbang peningkatan Covid-19 di Lembah Klang

Keberkesanan vaksin yang mengambil masa dua minggu selepas individu melengkapkan dos kedua, menyebabkan jumlah kes harian tinggi pada masa ini.

Other News

Kemunculan varian Delta serta terdapat ramai individu yang tanpa gejala tidak menyedari telah dijangkiti dan boleh menyebarkan virus, menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di Greater Klang Valley (GKV).

Komander Pasukan Bertindak Khas GKV Dr Chong Chee Kheong menjelaskan meskipun kadar vaksinasi telah ditingkatkan, keberkesanan vaksin yang mengambil masa dua minggu selepas individu melengkapkan dos kedua, menyebabkan jumlah kes harian tetap tinggi pada masa ini.

“Jadi, vaksin ini memerlukan masa untuk bertindak balas dan melindungi individu tersebut, malah kemunculan varian Delta dalam komuniti yang mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi turut menyumbang kepada peningkatan kes.

“Tambahan pula, berdasarkan data dari negara-negara yang merekodkan kadar vaksinasi tinggi, jangkitan virus ini masih boleh berlaku disebabkan oleh varian Delta walaupun terdapat pengurangan ketara pesakit yang dimasukkan ke hospital dan yang bergejala teruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi membendung penularan Covid-19 di Greater Klang Valley, Dr Chong yang juga timbalan ketua pengarah kesihatan (Kesihatan Awam) berkata Pasukan Bertindak Khas GKV telah merangka beberapa langkah strategik bagi mengoptimumkan perkhidmatan perawatan, mengurangkan penularan serta menyediakan perkhidmatan sokongan kepada komuniti dan petugas kesihatan.

Antara langkah yang diambil adalah dengan mengukuhkan pusat penilaian Covid-19 (CAC) melalui pelaksanaan Virtual CAC kepada individu yang tidak bergejala dan bergejala ringan serta memperkukuhkan pengurusan pemantauan pesakit di rumah.

Selain itu, lebih banyak ujian RTK-Ag di klinik kesihatan dan kepada pengamal perubatan am melalui penjualan kit ujian kendiri yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) diadakan.

Dr Chong turut menasihatkan individu yang berada di Greater Klang Valley dan mengalami gejala Covid-19, supaya menjalani ujian saringan serta melakukan pengasingan kendiri di kediaman sebaik disahkan positif dengan gejala ringan atau tanpa gelaja.

“Kami tidak mahu menyebabkan kesesakan di hospital dengan kes-kes ringan agar rawatan bagi pesakit yang lebih teruk dapat diutamakan. Kakitangan kesihatan akan menghubungi mereka yang ‘red flagged’ sebagai pesakit yang berisiko tinggi untuk tampil ke CAC ataupun hospital,” katanya.

Beliau berkata susulan galakan penggunaan ujian kendiri (Covid-19 test kit) dan RTK-Ag kepada masyarakat, jumlah kes Covid-19 di kawasan berkenaan dijangka akan terus meningkat untuk beberapa hari akan datang.

“Tetapi jangan khuatir kerana kami cuba sedaya upaya untuk mengesan sebanyak mungkin kes positif bagi mengurangkan penularan wabak dalam komuniti kita. Dengan lebih banyak kes positif dan kontak rapat, mereka akan diasingkan dan dikuarantin, kes akan mula berkurangan dalam beberapa minggu,” katanya.

Beliau berkata jika itu dapat dicapai, strategi ujian Covid-19 akan dapat disusun semula bagi memastikan pengesanan kes untuk pengasingan dan pemantauan lebih berkesan.berbanding 840,165 ujian tahun lepas.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles