- Iklan -
Berita

143 korban Covid-19 direkod, kes baru jangkau 17,400

1,016 pesakit ditempatkan di ICU termasuk 529 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menyuntik vaksin Covid-19 di PPV Selangor.
Petugas kesihatan menyuntik vaksin Covid-19 di PPV Selangor.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 17,405 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,061,476.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,171 disusuli Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532), dan Melaka (531).

Hanya Perlis (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 12,373 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 877,812.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 175,113.

Dalam pada itu, 1,016 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 529 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 143 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 8,551.