- Iklan -
Berita

Vaksinasi harian catat rekod baru tertinggi

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mencatatkan rekod tertinggi semalam iaitu sebanyak 521,923 dos.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai yang hadir beratur memasuki dewan sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.
Orang ramai yang hadir beratur memasuki dewan sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.

Kadar pemberian vaksin harian negara menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan rekod tertinggi semalam iaitu sebanyak 521,923 dos.

Sebelum ini, jumlah pemberian vaksin harian tertinggi adalah 507,050 dos yang dicatat pada 22 Julai.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi laman Twitter memaklumkan, daripada jumlah yang dicatat semalam, seramai 333,621 individu menerima dos pertama manakala 188,302 mendapat dos kedua.

Selangor merupakan negeri paling banyak memberikan suntikan iaitu 130,187 dos, diikuti Kuala Lumpur (85,647), Sarawak (38, 977 dos) dan Perak (32,311).

Secara kumulatifnya, JKJAV berkata sebanyak 17,839,476 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat ini, yang meliputi 12,131,329 dos pertama dan 5,708,147 dos kedua.