Thursday, September 23, 2021

Tiada sebarang permohonan 4 ahli Parlimen Umno ke blok bebas, kata speaker

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menganggap berita tersebut adalah satu pembohongan.

Other News

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun mengatakan beliau tidak menerima sebarang permohonan daripada empat ahli Parlimen Umno untuk menukar tempat duduk ke blok bebas.

“Saya anggap berita tersebut adalah satu pembohongan,” kata Azhar satu dalam kenyataan hari ini.

Azhar merujuk laporan yang tersiar dalam portal milik Amanah, Malaysia Dateline yang bertajuk “Zahid, tiga lagi MP juga minta pindah ke kerusi blok Bebas” yang disiarkan hari ini.

Laporan yang memetik sumber yang tidak dinamakan itu menyatakan pemimpin Umno Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Ahmad Nazlan Idris dan Ahmad Jazlan Yaakub akan berpindah ke blok bebas.

Menurut portal itu, permohonan didakwa dibuat keempat-empat pemimpin Umno itu minggu lalu.

Bagaimanapun laporan tersebut sudah dipadamkan portal milik Amanah itu.

Awal hari ini, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memohon untuk berpindah tempat duduk di Dewan Rakyat dari blok kerajaan ke tempat berhampiran blok Bebas.

Katanya beliau tidak mahu terus berada di kerusi yang disediakan untuknya bersama penyokong kerajaan yang menggunakan nama Perikatan Nasional (PN).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles