- Iklan -
Berita

Ku Li mohon pindah kerusi tempat duduk di Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata beliau mahu berpindah dari blok kerajaan ke blok bebas.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini memohon untuk berpindah kerusi tempat duduk di Dewak Rakyat dari blok kerajaan ke tempat duduk berhampiran blok bebas.

Dalam sebuah kenyataan, beliau berkata dirinya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama penyokong kerajaan yang ditubuhkan dengan menggunakan nama Perikatan Nasional.

“Saya tidak ingin terus berada di kerusi yang telah disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain anggota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajan yang ada,” katanya dalam sebuah kenyataan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun.

“Saya belum mengetahui sama ada anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain daripada parti saya telah berurusan dengan YB Tuan Yang di-Pertua mengenai tempa duduk mereka dalam Dewan Rakyat.

“Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarny, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan nasional/umno terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun idak boleh dianggap sebagai peyokong kerajaan gagal ini.”