Monday, September 20, 2021

207 korban Covid-19 dicatat, kes baru jangkau 16,000

1,023 pesakit ditempatkan di ICU termasuk 524 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Other News

Sebanyak 16,117 jangkitan baru Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia mencecah 1,044,071.

Selangor merekodkan 6,616 kes, Kuala Lumpur 2,457, Kedah 1,000, Johor 907, Sabah 741, Melaka 674, Negeri Sembilan 669, Penang 618, Kelantan 592, Perak 583, Sarawak 405, Pahang 403 dan Terengganu 317.

Putrajaya merekodkan 122 kes, Labuan 11 dan Perlis dua.

Negara juga mencatat sebanyak 11,526 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 865,439.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 170,224.

Dalam pada itu, 1,023 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 524 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 207 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 8,408.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles