Tuesday, September 21, 2021

Pemimpin DAP ‘memekik’ ketika PM ajak ahli Parlimen bertafakur untuk mangsa Covid-19

Mereka menjerit-jerit ketika Muhyiddin sedang membaca surah Al-Fatihah bagi memperingati mangsa Covid-19.

Other News

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memulakan ucapannya pada sidang khas Parlimen hari ini dengan mengajak semua ahli-ahli Dewan Rakyat untuk bertafakur dan membacakan Al-Fatihah kepada semua mangsa Covid-19.

“Sebelum saya memulakan penerangan, saya mewakili kerajaan dan seluruh ahli Parlimen dengan perasaan sedih dan hiba ingin menyampaikan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa Covid-19 yang diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.

“Datuk Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk kita semua bertafakur seketika dan membaca surah Al-Fatihah bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah,” kata Muhyiddin di Dewan Rakyat pagi ini.

Bagaimanapun, ahli-ahli Parlimen DAP seperti Lim Guan Eng dan Gobind Singh Deo dan Nga Kor Ming bangun dan terus menjerit-jerit tanpa menghiraukan Muhyiddin yang sedang membacakan surah Al-Fatihah.

“Point of order, point of order,” kata Lim yang mengetuai ahli Parlimen DAP untuk menghalang Muhyiddin meneruskan ucapan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun bagaimanapun meminta Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh untuk meneruskan ucapan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles