Tuesday, September 21, 2021

Bos AirAsia dikecam kerana hanya tertawa ketika CEO Thailand guna perkataan lucah kepada pekerja

Ramai yang mempersoalkan layanan buruk terhadap kakitangan syarikat itu oleh pengurusan kanan AirAsia.

Other News

Sesi “town hall” secara dalam talian pengurusan AirAsia Thailand dan kakitangannya yang menyaksikan ketua pegawai eksekutif (CEO) menggunakan perkataan lucah menimbulkan kemarahan warga maya di Malaysia, mempertikaikan respons senyuman CEO AirAsia Tony Fernandes dan Presiden AirAsia Digital Aireen Omar.

Ramai yang menyuarakan rasa terkejut mereka terhadap Fernandes dan Aireen yang dilihat tidak menegur tindakan CEO AirAsia Thailand, Tassapon Bijleveld yang menggunakan perkataaan lucah ketika berdepan soalan kakitangan syarikat tersebut berhubung kerjasama bersama sebuah syarikat e-hailing Gojek.

“What’s your f-ing question,” Tassapon didengar memberitahu seorang kakitangan wanita, sebelum menyerahkan kepada Fernandes bagi menjawab pertanyaan itu.

Ketika ia berlaku, Fernandes dan Aireen hanya dilihat tersenyum, bahkan ketika Tassapon menyuruh kakitangannya “diam”.

Walaupun Tassapon dipercayai memohon maaf berhubung kejadian tersebut beberapa hari kemudian, namun masih ramai warga maya terus mempersoalkan respons daripada CEO kumpulan AirAsia tersebut.

“Seorang gadis dibuli di sesi town hall maya anda dan tidak ada yang meminta maaf?” kata sebuah ulasan di ruang komentar akaun Instagram Fernandes.

“Dia hanya diam dan ketawa. Memalukan,” tambah akaun lain.

Seorang kakitangan AirAsia turut menyatakan kekecewaannya susulan kejadian tersebut, mengatakan ia bertentangan dengan label “Allstars” syarikat yang mahu menunjukkan tiada diskriminasi syarikat itu terhadap kakitangannya.

“AirAsia berbangga dengan orang-orang dan budaya mereka, dan kami bangga jadi Allstars. Tapi mengapa saya sukar nak memahami apa jenis budaya yang kita mahu tunjukkan jika perkara sebegini dibenarkan terjadi, kemudian kita senyapkan, dan tidak ada pihak pengurusan yang tangani hal ini atau mengakui bahawa ia adalah masalah? ”

Di Twitter, seorang pengguna turut mempersoalkan perlakuan AirAsia terhadap kakitangannya.

“Adakah ini cara pengurusan kanan AirAsia memperlakukan kakitangannya semasa mesyuarat dalaman? Apa yang dipaparkan kononnya syarikat itu menjaga pekerjanya hanya dakwaan saja.

“Ia hanya menunjukkan budaya toksik, misoginistik dalam syarikat yang benar-benar tidak boleh dimaafkan. Dan barisan pengurusan kanannya buat tak tahu dengan wajah selamba,” kata seorang pengguna lain.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles