Thursday, September 23, 2021

Anwar salahkan Azmin kes Covid-19 meningkat di Selangor

Anwar mendakwa, peningkatan kes secara mendadak di Selangor tidak mungkin berlaku jika sebelum ini tidak ditadbir oleh Azmin sebagai menteri besar.

Other News

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyalahkan menteri besar Selangor yang lama, Mohamed Azmin Ali sebagai punca peningkatan wabak Covid 19.

Anwar mendakwa, peningkatan kes secara mendadak di Selangor tidak mungkin berlaku jika sebelum ini tidak ditadbir oleh Azmin sebagai menteri besar.

“Kerana prestasi menteri besar dulu karut, sebab itu Selangor ada problem sekarang.

“Wang (sudah) habis,” kata Anwar di Dewan Rakyat pagi ini.

Azmin sebelum ini merupakan menteri besar Selangor dari 2014 hingga 2018 sebelum dilantik sebagai menteri hal ehwal ekonomi ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

Selepas PH tumbang, Azmin dilantik sebagai menteri kanan dan juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Selain itu, Anwar turut membangkitkan tentang Presiden Umnno Ahmad Zahid Hamidi yang meminta agar proklamasi darurat dibahaskan di Parlimen.

“Saya teliti, presiden Umno sendiri pun minta bahas soal darurat, ya tapi maknanya ia tidak lagi suara kecil, ia suara majoriti rakyat,”katanya.

Anwar sebelum ini dikaitkan berkomplot dengan Zahid untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

Zahid bagaimanapun tidak hadir ke Dewan Rakyat hari ini kerana positif Covid-19n dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles