- Iklan -
Berita

207 korban Covid-19 direkod hari ini, lebih 1,000 di ICU

Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 6,508.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menjalankan pengesanan kontak rapat di kawasan PKPD di sekitar Petaling Jaya pada awal bulan Jun lalu.
Petugas kesihatan menjalankan pengesanan kontak rapat di kawasan PKPD di sekitar Petaling Jaya pada awal bulan Jun lalu.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 14,516 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,027,954.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,508 disusuli Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425), Kedah (1,160), Sabah (720), Perak (590), Negeri Sembilan (452), dan Pulau Pinang (402).

Hanya Labuan (8) dan Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 9,372 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 853,913.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 165,840.

Dalam pada itu, 1,009 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 524 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 207 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 8,201.