Thursday, September 23, 2021

Raja Arab Saudi salur bantuan Covid-19 kepada Malaysia

Other News

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Abdulaziz Al-Saud menitahkan “King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action” supaya segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan untuk membantu Malaysia menangani cabaran Covid-19.

Menteri Kanan Luar Negeri Hishammuddin Hussein berkata perkara itu baru sahaja dimaklumkan kepadanya ketika berhubung dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.

Hishammuddin menyifatkan ia satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, menjunjung kasih buat Baginda Raja Salman, Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud dan dan Kerajaan Arab Saudi atas kebaikan serta keprihatinan yang sangat mendalam ini,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Hishammuddin berkata beliau akan terus bekerjasama rapat dengan Putera Mahkota Arab Saudi bagi memperincikan bentuk keperluan terkini yang Malaysia perlukan sekali gus memastikan titah Penjaga Dua Masjid Suci itu berjalan lancar.

Agensi Berita Saudi melaporkan Raja Salman telah menitahkan King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) supaya segera menyalurkan Malaysia bantuan bagi menangani kesan pandemik Covid-19.

Bantuan itu termasuk satu juta dos vaksin Covid-19, peralatan perubatan, penjagaan dan rawatan, bekalan pencegahan dan lain-lain keperluan perubatan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles