Thursday, September 23, 2021

One Hope labur lebih RM2 juta bangunkan PPV, Isnin mula beroperasi

Ia akan menjadi antara NGO terawal di Malaysia mengambil inisiatif membangunkan sebuah PPV.

Other News

Pertubuhan One Hope Charity & Welfare (One Hope) melabur lebih RM2 juta bagi membangunkan sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 di Shop-In d’Park Auto City, Juru di Bukit Mertajam, yang dijangka akan memulakan operasinya esok.

Pengerusi One Hope Chua Sui Hau berkata dengan pelancaran PPV Covid-19 One Hope Charity itu, ia akan menjadi antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terawal di Malaysia mengambil inisiatif membangunkan sebuah PPV.

Beliau berkata pihaknya menerima kelulusan daripada kementerian kesihatan untuk membuka PPV itu pada 14 Julai, dan mengambil masa seminggu bagi mengubah pusat beli belah berkonsep kawasan terbuka itu kepada sebuah PPV.

“One Hope juga mempunyai lebih 200 petugas untuk mengendalikan PPV itu, termasuk petugas perubatan kami sendiri yang akan bertanggungjawab melaksanakan proses vaksinasi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pasukan One Hope melaksanakan ujian percubaan pada 23 Julai untuk membiasakan diri dengan keseluruhan prosedur, dari peringkat saringan dan rundingan sehingga ke peringkat vaksinasi dan prosedur pemantauan.

Beliau menjangka pada hari pembukaan, PPV itu akan mevaksin kira-kira 360 orang, dan jumlah itu dijangka akan meningkat pada masa akan datang.

“Apabila kita sudah biasa dengan perjalanan proses vaksinasi, kita mungkin dapat mevaksin sehingga 1,000 orang dalam sehari,” tambahnya.

Menurutnya PPV itu akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu Chua berkata ruang luas yang disediakan oleh PPV itu bukan sahaja membolehkan lebih ramai divaksin, malah persekitaran terbuka di pusat itu juga boleh membantu menenangkan fikiran penerima vaksin.

“Diharapkan PPV ini akan dapat membantu penerima vaksin menenangkan minda selepas mengharungi pelbagai cabaran yang hadir bersama pandemik Covid-19,” tambahnya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles