Friday, September 24, 2021

Kes harian catat rekod baru sebanyak 17,045, keseluruhan jangkitan jangkau 1 juta

92 korban Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 7,994.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 17,045 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,013,438.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 8,500 disusuli Kuala Lumpur (2,045), Kedah (1,216), Johor (950), Sabah (818), Perak (609), Pulau Pinang (573), Negeri Sembilan (513), dan Pahang (424).

Tidak ada negeri yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 9,683 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 844,541.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 160,903.

Dalam pada itu, 970 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 501 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 92 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 7,994.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles