Thursday, September 23, 2021

Kes harian catat rekod tertinggi, lepasi 15,900 jangkitan

Selangor catat kes harian tertinggi sebanyak 7,351 disusuli Kuala Lumpur dengan 2,406 jangkitan.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 15,902 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 996,393.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,351 disusuli Kuala Lumpur (2,406), Kedah (867), Johor (804), Sabah (712), Melaka (631), Negeri Sembilan (625), Pulau Pinang (505), dan Kelantan (502).

Hanya Perlis (7) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 9,471 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 834,858.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 153,633.

Dalam pada itu, 950 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 468 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 184 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 7,902.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles