- Iklan -
Berita

Satu lagi kit ujian kendiri Covid-19 diberi kelulusan bersyarat, kata KP kesihatan

Menurut MDA penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 ini adalah terhad untuk tujuan saringan sahaja.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sampel ujian yang diambil akan diuji pada Kit Ujian Rapid (RTK) Antigen di Taman Connaught, Cheras. Kit kendiri yang didapati di farmasi perlu mendapat pengesahan RT-PCR bagi pengesanan jangkitan.
Sampel ujian yang diambil akan diuji pada Kit Ujian Rapid (RTK) Antigen di Taman Connaught, Cheras. Kit kendiri yang didapati di farmasi perlu mendapat pengesahan RT-PCR bagi pengesanan jangkitan.

Satu lagi kit ujian kendiri Covid-19 diberi kelulusan bersyarat oleh kementerian kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk dijual bagi kegunaan orang awam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook berkata kit berkenaan ialah Beright Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co,Ltd.

Sementara itu, menurut portal MDA, kit itu boleh didapati farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan swasta.

“Penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 ini adalah terhad untuk tujuan saringan sahaja dan semua keputusan ujian memerlukan pengesahan lanjut menggunakan RT-PCR,” menurut MDA.

Sebelum ini, MDA memberikan kelulusan bersyarat kepada dua kit iaitu ‘Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19’ buatan syarikat tempatan, Reszon Diagnostics International Sdn Bhd dan satu lagi kit kegunaan rumah, Gmate® Covid-19 buatan Korea Selatan, yang diberi kelulusan, kepada Citymedic Sdn Bhd.

Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA.