- Iklan -
Berita

Vaksinasi harian jangkau 15 juta dos setakat 21 Julai

Jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak 4,932,981 iaitu 15.1%, populasi Malaysia.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang orang kelainan upaya cacat penglihatan, Kamis Busu berkata sesuatu kepada pegawai kesihatan sebelum menerima vaksin dos kedua Pfizer BioNTech di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Jalan Tebing, Brickfield.

Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini 15,517,866 dos suntikan di seluruh negara setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan sebanyak 446,052 dos vaksin diberikan hingga 11.59 malam tadi, merangkumi 282,980 individu menerima suntikan pertama manakala 163,072 penerima dos kedua.

“Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak 4,932,981 iaitu 15.1%, populasi rakyat negara ini,” katanya.

Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 68%, diikuti Sarawak (49.4%), Perlis (36.5%), Lembah Klang (22.7%) dan Negeri Sembilan (21.8%).