Saturday, July 24, 2021

Rentas negeri penerima vaksin lengkap bertemu keluarga dipertimbangkan, kata TPM

Ismail berkata beliau menerima keluhan ramai yang terpaksa berpisah dengan pasangan dan anak-anak kerana larangan merentas negeri.

Other News

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan membenarkan perjalanan rentas negeri untuk bertemu ahli keluarga.

Dalam sebuah hantaran di Facebook, Ismail berkata beliau menerima keluhan ramai yang terpaksa berpisah dengan pasangan dan anak-anak kerana larangan merentas negeri.

Beliau turut berkata cadangan untuk membenarkan penerima lengkap dos vaksin sering dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama.

“Insya Allah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula,” katanya.

Larangan merentas negeri dilaksanakan pada 12 Mei lalu selepas kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan bagi kali ketiga sejak tahun lalu.

Selain perjalanan rentas negeri, perjalanan di antara daerah turut tidak dibenarkan bagi membendung penularan Covid-19 yang meningkat secara mendadak dalam negara.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles