- Iklan -
Berita

Lebih separuh ahli kontinjen Olimpik negara lepasan Sekolah Sukan Malaysia, kata Radzi Jidin

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia mendoakan kesihatan dan memberi sokongan kepada atlet negara agar mereka memberikan prestasi terbaik.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kontinjen negara ketika berlepas pada 17 Julai lalu untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Gambar: Bernama
Kontinjen negara ketika berlepas pada 17 Julai lalu untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Gambar: Bernama

Menteri Pendidikan Radzi Jidin hari ini mengatakan 18 daripada 30 ahli kontinjen negara yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik Tokyo dari 23 Julai hingga 8 Ogos merupakan lepasan Sekolah Sukan Malaysia.

“Syabas buat warga pendidik dan jurulatih yang berjaya memupuk dan membentuk barisan atlet negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

“Semoga ini dijadikan inspirasi buat semua pelajar Sekolah Sukan Malaysia kini.”

Beliau juga memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesihatan serta memberi sokongan  kepada atlet negara, bagi memastikan mereka memberikan prestasi terbaik.

“Selamat berjuang wira dan wirawati negara! Semoga kejayaan milik Malaysia.”

Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung bermula 23 Julai hingga 8 Ogos tahun ini.

Kontinjen Malaysia akan bersaing dalam acara seperti renang dan terjun, badminton, basikal, gimnastik, golf, memanah, menembak, olahraga dan pelayaran.

Malaysia meletakkan sasaran sebanyak tiga pingat termasuk satu emas pada  temasya kali ini.