- Iklan -
Berita

134 korban Covid-19 direkod, kes baru jangkau 13,000

Selangor kekal mencatat kes tertinggi sebanyak 6,049 disusuli Kuala Lumpur sebanyak 1,611.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penerima vaksin menunggu giliran untuk divaksinasi di Axiata Arena Bukit Jalil.
Seorang penerima vaksin menunggu giliran untuk divaksinasi di Axiata Arena Bukit Jalil.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 13,034 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 964,918.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,049 disusuli Kuala Lumpur (1,611), Johor (791), Negeri Sembilan (711), Kedah (701), Sarawak (644), Sabah (497), Terengganu (391), dan Melaka (353).

Hanya Perlis (6) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 8,436 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 815,293.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 142,051.

Dalam pada itu, 938 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 459 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 134 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 7,574.