- Iklan -
Berita

Sarawak kesan 76 lagi kes varian Delta Covid-19

Sarawak telah mengesan 93 kes varian Delta sejak ia mula dikesan pada 18 Jun lalu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Varian Delta menjadi kebimbangan antarabangsa selepas penularannya didapati lebih cepat merebak.
Varian Delta menjadi kebimbangan antarabangsa selepas penularannya didapati lebih cepat merebak.

Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mengesan 76 lagi kes Covid-19 varian Delta hari ini.

Pengarah IHCM Dr David Perera berkata kes-kes baru itu dikesan hasil pengesanan dan pengawasan berterusan varian Sindrom Pernafasan Akut Teruk Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) yang menular di negeri itu.

“Sampel daripada kes-kes positif diuji antara 7 hingga 13 Julai lalu dengan majoriti kes (52 kes) dikesan di Kuching,” katanya dalam laporan terbarunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Dr Parera berkata kes dengan varian berkenaan dikenal pasti dalam sampel yang diambil dari Hospital Sentosa, Balai Polis Satok dan beberapa lokasi lain di Kuching, manakala 11 kes dikesan di Serian, lima di Sri Aman, tiga di Samarahan dan setiap satu di Sibu, Miri dan Betong.

“Kami juga mengesan setiap satu kes di bawah kategori ‘Import A’ (membabitkan individu yang tiba dari luar negara) dan ‘Import B’ (individu yang tiba dari bahagian lain di Malaysia).

Kini terdapat 93 kes varian Delta di Sarawak sejak ia mula dikesan pada 18 Jun lalu.