- Iklan -
Berita

Polis tahan 26 suspek pembunuhan presiden Haiti

Menurut polis seramai 28 suspek telah dikenal pasti terlibat dalam kes itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pasukan forensik menyiasat tempat pembunuhan Jovenel Moise. Isteri beliau turut tercedera dalam kejadian tersebut. Gambar: AP
Pasukan forensik menyiasat tempat pembunuhan Jovenel Moise. Isteri beliau turut tercedera dalam kejadian tersebut. Gambar: AP

Jumlah suspek yang ditahan berkaitan pembunuhan Presiden Haiti Jovenel Moise kini mencecah 26 orang, lapor Sputnik memetik kenyataan polis tempatan.

Laporan sebelum ini menyebut 23 suspek ditahan terdiri 18 warga Colombia dan lima rakyat Haiti.

“Tiga lagi suspek telah ditahan, termasuk anggota polis,” kata Ketua Pengarah Polis Haiti, Leon Charles menerusi akaun Facebook polis, pada Selasa.

Moise ditembak mati di kediamannya pada 7 Julai, isterinya, Martine yang turut cedera dalam kejadian itu kini dirawat di sebuah hopsital di Amerika Syarikat.

Menurut polis seramai 28 suspek telah dikenal pasti terlibat dalam kes itu.