- Iklan -
Berita

Kes baru catat angka bawah 12,000 jangkitan, 199 lagi korban Covid-19 direkod

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,550.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penduduk Mentari Court, Petaling Jaya membuat pendaftaran vaksin di Petaling Jaya. Vaksinasi harian dalam negara kini berada di landasan dengan sasaran harian menjangkaui jangkaan awal.
Penduduk Mentari Court, Petaling Jaya membuat pendaftaran vaksin di Petaling Jaya. Vaksinasi harian dalam negara kini berada di landasan dengan sasaran harian menjangkaui jangkaan awal.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 11,985 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 951,884.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,550 disusuli Kuala Lumpur (1,174), Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (603), Sabah (474), Melaka (453), dan Kelantan (386).

Hanya Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 7,902 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 806,857.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 137,587.

Dalam pada itu, 927 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 459 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 199 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 7,440.