- Iklan -
Berita

93 korban Covid-19 direkod, kes baru kembali jangkau 12,000

Kes baru catat 12,366 jangkitan dengan Selangor menyumbang kes tertinggi sebanyak 5,524.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Team Outreach melakukan vaksinasi kepada seorang warga emas di Sungai Besar, Kuala Selangor.Program Outreach Imunisasi Covid19 Kebangsaan peringkat kini giat bergerak dari rumah ke rumah menyasarkan golongan uzur dan rentan.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 12,366 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 939,899.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,524 disusuli Kuala Lumpur (1,580), Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701), Sabah (657), Pulau Pinang (460), Sarawak (351), dan Melaka (309).

Hanya Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 7,567 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 798,955.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 133,703.

Dalam pada itu, 924 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 448 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 93 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 7,241.