- Iklan -
Berita

Walaupun makan di restoran dibenarkan, pengusaha Sarawak masih ragu dengan penularan varian Delta

Wujud sebilangan pengusaha berkata keselamatan perlu diutamakan sementara ada juga yang tiada pilihan selain beroperasi semula.

Nur Shazreena Ali
2 minit bacaan
Kongsi
Swee Kang Ais Kacang, restoran terkenal di Sarawak masih menutup pintu untuk menerima pengunjung menikmati hidangan di premisnya.
Swee Kang Ais Kacang, restoran terkenal di Sarawak masih menutup pintu untuk menerima pengunjung menikmati hidangan di premisnya.

Seperti restoran dan kedai makanan lain di seluruh negara, restoran di Sarawak turut beroperasi seperti biasa, namun tidak seperti dulu ia hanya dibuka untuk perkhidmatan pandu lalu atau bungkus dan bawa pulang, selain beroperasi dengan perkhidmatan penghantaran demi membendung penularan Covid-19.

Bagaimanapun, minggu lalu, Sarawak diberi lampu hijau untuk beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

Dalam fasa baru ini, aktiviti makan di premis restoran di negeri itu kembali dibenarkan.

Walaupun demikian, beberapa pemilik restoran masih menunggu untuk beroperasi seperti sebelum ini.

Ini berikutan penularan varian Covid-19 yang dibimbangi, Delta di Sarawak.

Berhubung varian Delta, pengusaha restoran dilihat terpecah kepada dua mengenai risikonya ketika mereka membenarkan berkunjung dan makan di restoran.

Di Swee Kang Ais Kacang, sebuah kafe pencuci mulut yang terkenal di Kuching, keputusan yang mereka ambil ketika ini: hanya bungkus dibenarkan.

Chang, yang sudah bekerja di premis itu selama 30 tahun, berkata keputusan dibuat bagi memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan.

Fauziah Family cafe sudah menerima pengunjung untuk ‘dine-in’ di premis.Beliau berkata membenarkan pengunjung untuk berkunjung semula dan makan di restoran adalah mustahak kerana perniagaannya merosot semasa sekatan pergerakan penuh baru-baru ini.

Walaupun pendapatan masih diperolehi daripada pesanan bungkus, ia tidak mencukupi untuk menampung seluruh komitmen kewangannya.

Semasa sekatan pergerakan penuh sebelum ini, katanya, jualan turun hingga 90%.

“Biasanya kami dapat jana kira-kira RM1,000 sehari, tetapi kerana sekatan pergerakan penuh, jualan harian turun jadi RM100.

“Saya tidak ada pilihan selain menggunakan simpanan sendiri untuk bantu pekerja saya dengan menolong bayar sewa tempat tinggal bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Sapiah Mat Nor, seorang pekerja di salah satu gerainya, turut bersetuju perniagaan itu tidak dapat bertahan dengan operasi bungkus makanan sahaja.

“Kami ada juga sediakan perkhidmatan penghantaran dalam talian seperti FoodPanda dan Grab,” katanya.

“Tetapi pelanggan lebih suka makan di restoran.”