Wednesday, September 22, 2021

CITF, polis dan ATM jalin kerjasama siasat dakwaan vaksinasi palsu

Menurut CITF, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Other News

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini mengumumkan kerjasama pihaknya bersama polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyiasat beberapa dakwaan suntikan vaksin palsu oleh petugas kesihatan.

“CITF memandang berat tentang beberapa dakwaan mengenai suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) yang menjadi tular di laman media sosial.

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan. Sebarang perkembangan mengenai perkara ini,” kata badan itu dalam sebuah kenyataan hari ini.

Menurut CITF antara kes yang diterima pihaknya adalah melibatkan PPV Kem Lapangan Terbang Sungai Petani.

“Vaksinasi di PPV tersebut dilaksanakan oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem tersebut.

“Satu siasatan telah dijalankan oleh pihak ATM mengenai kejadian tersebut di mana individu-individu yang terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi tersebut.

Dua lagi dakwaan suntikan palsu dimaklumkan kepada CITF berlaku di PPV Mitec dan PPV Bangi Avenue Convention Centre.

Menurut CITF, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa dakwaan serupa termasuk di PPV Sibu, Sarawak dan di sebuah PPV di Banting, Selangor.

Kementerian kesihatan (KKM) berkata pihaknya juga turut menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan berkenaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles